seismik

Suami Buat Surprise Jahitkan Telekung Swarovski RM12K Untuk Isteri Pakai Masa Tarawih

Bukan calang-calang!

Cover image via @syed.fatin.jaeden.haifa (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, umat Islam seluruh dunia ketika ini berlumba-lumba untuk mengejar pahala pada bulan Ramadan ini

Selain berpuasa dan beribadah, ramai juga yang pergi ke masjid untuk solat tarawih. Solat tarawih merupakan solat yang merupakan perkara yang sangat dituntut oleh orang-orang Islam.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menjahit telekung dan menghadiahkan kepada isterinya.

Lelaki tersebut difahamkan menjahit telekung dengan sendiri. Telekung yang dijahit bermodalkan duit sebanyak RM12,000 disebabkan batu yang digunakan adalah Swarovski asli. 

Disebabkan isterinya pernah beritahu teringin telekung sebegitu, dia ingin menunaikan hasrat isterinya. 

Hadiahkan telekung Swarovski buat tarawih

"Alhamdulillah saya memiliki isteri yang baik macam ni, jadi saya pakat dengan PA  untuk plan surprise nak bagi hadiah telekung Swarovski yang saya jahit sendiri untuk pergi tarawih kat masjid.

"Alhamdulillah tercapai juga dan berjaya juga siap telekung ni, lagi pun saya rasa tak membazir sebab kita nak menghadap Allah, dan alhamdulillah Allah beri rezeki lebih pada kami suami isteri sebab kami sama-sama urus perniagaan Laksa dan macam-macam sepanjang kami bersama.

"Jadi harta yang ada ni, ada hak untuk isteri saya merasa,  jadinya sy kene lebih kuat dan rajin lg usaha untuk bagi isteri dan anak-anak kami bahagia inshaAllah"
tulisnya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@syed.fatin.jaeden.haifa

Kalini abam jahit telekung Swarovski istimewa untuk isteri abam yg tersayang , modal bernilai rm 12k bertakhtakan batu kristal Swarovski asli , actually sebenarnya haritu isteri sy ada nmpk sorang founder ni memiliki telekung yang indah2 dan cantik dengan taburan swarovski , dia kata kalo satu hari nanti ada rezeki teringin nk merasa pakai telekung macam tu … tapi isteri sy tak meminta minta pon , masing2 yg follow kami pon sedia maklum kan , yang isteri sy ni bukan jenis suka minta macam2 dan jenis ikut jer cakap suaminya ni … alhamdulillah sy memiliki isteri yang baik macam ni … jadi sy pakat dengan P.A sy untuk plan surprise utk nk bg hadiah telekung Swarovski yang sy jahit sendiri dan hadiahkan pada isteri sy untuk pergi Terawih kat masjid dan alhamdulillah tercapai jugak dan berjaya jugak siap telekung ni , lg pon sy rasa tak membazir sebab kita nak menghadap Allah , dan alhamdulillah Allah beri rezeki lebih pada kami suami isteri sebab kami sama2 urus perniagaan Laksa dan macam2 sepanjang kami bersama , jadi harta yang ada ni , ada hak untuk isteri sy merasa , jadinya sy kene lebih kuat dan rajin lg usaha untuk bagi isteri dan anak2 kami bahagia in sha Allah …. Terima kasih semua yang support kami selama ni sehingga kami dikenali dan disayangi oleh semua , kami syg semua followers kami , salam Ramadhan semua , esok kita Puasa Temui kami disemua BAZAAR RAMADHAN & RAYA BERIKUT SENARAI : 1. Bazaar Ramadhan PKNS SHAH ALAM 2. Bazaar Ramadhan GM KLANG 3. Bazaar Raya Jalan TAR di Pertama Kompleks 4. Ekspo Mega Raya Lotus Semenyih 6. grand Bazaar Mega Raya D’MK Medan Selera , Manjung Musang King , Manjung Perak 7. Gema Raya Aidilfitri PWTC 8. Bazar ramadan Econsave lukut port dickson 9. Food Festival MUBARAQ RAYA JAKEL MALL KUALA LUMPUR 10. Dan banyak lagi yang akan kami war2kan dan publish

original sound - Prince Syed Fatin Jaeden Haifa - Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Mahalnya sampai lima angka! :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: