seismik

Sultan Selangor Gantung Tiga Darjah Kebesaran Milik Najib Dan Rosmah

Keputusan berkuat kuasa serta-merta.

Cover image via Utusan Borneo

Berkuat kuasa 6 Mei 2019, Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor digantung sementara

Image via malaymail.com

Perkara ini telah dititah oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Darjah Kebesaran Najib:

  1. Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992
  2. Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2004

Darjah Kebesaran Rosmah:
  1. Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005

Image via nst.com.my

Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, penggantungan berkenaan dilakukan selepas perkara itu dirundingkan dengan Dewan di-Raja Selangor

Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya

Image via selangorkini.my

“Mereka kini didakwa di Mahkamah atas beberapa pertuduhan yang membabitkan kes rasuah, pecah amanah, dan penggubahan wang haram manakala Rosmah sudah didakwa atas beberapa pertuduhan yang membabitkan kes rasuah, penggubahan wang haram, dan kes Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Oleh itu, keahlian Najib serta Rosmah digantung berkuat kuasa 6 Mei 2019 hingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) yang membabitkan mereka selesai di Mahkamah.

Walau bagaimanapun, penggantungan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula selepas kes dimuktamadkan di Mahkamah

“Penggantungan ini selaras dengan kuasa Baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor,” katanya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bekas rakan niaga Najib dan Rosmah bongkar segalanya:

You may be interested in: