seismik

"Susah Anak Nak Kenal Nombor" - Lelaki Persoal Nombor Tingkat Lif Di Setengah Kediaman

Betul tu, kenapa ya ada nombor macam ni?

Cover image via @Taqiuddin Tabarani (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pembelajaran untuk si kecil amatlah perlu dititik beratkan

Hal ini kerana daripada kecil mereka akan mengikuti dan terbiasa dengan banyak perkara. Oleh itu, ilmu atau pendedahan yang betul perlu di kawal. Contohnya seperti mengira nombor, mengenal huruf dan sebagainya.

Namun, baru-baru ini tular apabila seorang lelaki mempersoal mengapa perlu wujud nombor yang tidak perlu di sesetengah kediaman.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wordpress

Persoalkan kenapa PBT benarkan penggunaan nombor ‘tidak perlu’

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan berkongsi persoalannya mengapa perlu wujud nombor seperti 3A yang digantikan dengan nombor 4.

Malah, menurutnya ia menyukarkan anak-anak kecil untuk mengenal turutan nombor dengan adanya abjad sebegini.

"Nampak macam kelakar kan, tapi bayangkan, di tadika dan pra sekolah cikgu ajar 4, balik rumah jadi 3A. Jadi mana satu yang boleh diterima pakai? Budak sekarang semakin pandai. Tak mustahil satu hari nanti isu ni akan naik," tulisnya.

"Memang menyusahkan pun. Senang tersilap" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pandangan yang sama mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 514 likes, 213 comments dan 234 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Lihat perkongsian itu di bawah:

Kan senang letak betul-betul nombor ikut turutan, dah satu hal nak kena menjawab dengan anak :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: