Tabung Haji Sahkan Perkhidmatan Kembali Pulih Selepas Menghadapi Serangan Siber

Difahamkan, perkhidmatan melalui bank-bank rakan strategik TH juga telah kembali aktif.

Cover ImageCover image via Tabung Haji & NST

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan
perkhidmatan utamanya telah kembali beroperasi susulan serangan siber yang dihadapi

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan TH, perkara itu diumumkan selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan.

"TH kesal atas serangan siber terhadap sistemnya yang menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada pendeposit. Demi melindungi simpanan dan maklumat peribadi pendeposit, TH mengambil langkah menghentikan sementara operasi sistem dan perkhidmatan di semua saluran pada 8 Oktober 2026.

"TH memahami kebimbangan pendeposit, khususnya mereka yang mempunyai urusan kewangan mendesak, dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul," menurut kenyataan itu.

TH memaklumkan, pasukan dalamannya telah bekerjasama dengan pakar luar serta pihak berkuasa keselamatan siber negara untuk menyiasat kejadian, menangani ancaman dan memulihkan sistem.

"Serangan ini merupakan perbuatan jenayah terhadap TH dan negara yang bertujuan menjejaskan operasi serta perkhidmatan. TH telah membuat laporan polis dan melaporkan perkara ini kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)," katanya.

SAYS.com
Image via NSTP

Cawangan TH di Kedah, Terengganu dan Kelantan telah kembali beroperasi mulai Ahad, 11 Oktober 2026 manakala semua cawangan di negeri-negeri lain dibuka seperti biasa hari ini

Menurut TH, semua fungsi THiJARI telah kembali beroperasi kecuali penetapan semula kata laluan, pendaftaran pengguna baharu dan pembukaan akaun secara dalam talian.

"Ketiga-tiga fungsi ini masih memerlukan tindakan pemulihan lanjut sebelum dapat diaktifkan semula. Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan melalui saluran rasmi TH dari semasa ke semasa.

"TH memberi jaminan bahawa simpanan pendeposit adalah selamat. Pemantauan rapi serta pengukuhan keselamatan akan diteruskan bagi memastikan sistem dan perkhidmatan yang diaktifkan semula beroperasi dengan selamat dan lancar," jelas TH.

TH berkata, pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada pihak mereka dengan menghubungi Pusat Perhubungan TH (THCC) di 03-6207 1919. Boleh juga menghubungi talian yang sama jika mempunyai sebarang pertanyaan, keraguan atau bantuan.

"TH merakamkan penghargaan atas kesabaran, kerjasama dan sokongan pendeposit sepanjang tempoh pemulihan ini. Sekali lagi TH memohon maaf dan amat kesal atas apa yang telah berlaku, namun ia terpaksa dilakukan demi keselamatan simpanan pendeposit. Keselamatan simpanan dan kepentingan pendeposit kekal menjadi keutamaan TH," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: