seismik

"Tak Layak Sambung Aliran Sains" - Gadis Ini Buktikan Kejayaan Sebagai Pelukis Angkasa

Kegigihan dan semangatnya buat ramai kagum. Salute!

Cover image via @AstroSyahirah (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang pelajar, dapat menuntut ilmu dalam bidang yang kita gemari merupakan perkara yang amat menggembirakan

Namun begitu, bukan semua pelajar mempunyai peluang cerah dan nasib yang baik. Ada yang terpaksa mengikut saja kemahuan para ibu bapa, ada juga yang tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang digemari kerana sistem pendidikan yang menekankan aspek tertentu. 

Sama seperti kisah gadis ini apabila diejek tidak layak untuk sambung aliran sains namun berjaya membuktikan kariernya sebagai pelukis angkasa telah mencuri tumpuan netizen. 

Lihat posting penuh itu di bawah:


Tidak tawarkan subjek seni di sekolah, malah diejek tidak mampu untuk menyambung aliran sains

Menerusi posting berkenaan, gadis itu menjelaskan kisah silamnya. Dia berkongsi tentang sekolah tidak menawarkan subjek seni, malah siap diejek oleh sesetengah guru.

Gadis yang dikenali sebagai Syahirah ini mengatakan sesetengah guru yang berkata dia tidak layak menyambung aliran Sains itu disebabkan oleh keputusan PMR yang tidak memberangsangkan.

Namun begitu, perkara itu tidak membuat Syahirah goyah dan dia tetap semangat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati.

Syahirah minat melukis sejak dulu lagi, terbukti kejayaannya hari ini apabila dia telah berjaya menjadi seorang pelukis angkasa kerana minatnya dalam bidang Astronomi. Semangat Syahirah telah membuatkan ramai kagum dengannya.

Kini dia bukan saja menjadi pelukis, malah dia merupakan salah satu ahli International Asscociation of Astronomical Artist untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran tentang angkasa dalam kalangan masyarakat.

Lihat gambar di bawah: 

"Such an inspiration, so proud of you for not giving up your dreams" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan lukisannya yang cantik. Malah, ramai yang kagum dengan kegigihan dan semangatnya yang tidak pernah putus asa. 

Ketika artikel ini ditulis, posting itu telah meraih sebanyak 2K retweets, 175 quote tweets dan 5K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

So talented, Malaysian bangga dengan awak Syahirah! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: