seismik

Tak Pernah Suruh Diet, Lelaki Ini Kecewa Girlfriend Dah Kurus, Lagi Suka Waktu Dia 'Comel'

Hidayah berjaya menurunkan berat badan dari 125 kg kepada 69 kg dengan mengamalkan diet Atkins.

Cover image via Twitter @HarizHaiyyan

Sudah menjadi lumrah setiap wanita inginkan tubuh badan yang langsing, ramping dan menawan

Mendapat badan yang kurus dan langsing bukanlah untuk kelihatan cantik dan menawan semata-mata tetapi untuk kesihatan diri juga. Mempunyai berat badan yang tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit seperti obesiti, kencing manis, masalah jantung dan lain-lain.

Image via Carasiumi

Untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi serta dedikasi yang kukuh. Salah satu motivasi yang kita sering dengar dilakukan oleh orang ramai adalah dengan membeli baju bersaiz kecil yang tidak muat untuk dipakai, seperti yang dilakukan oleh seorang gadis bernama Nik Siti Nur Hidayah ini.

Gadis itu telah membeli sehelai kebaya untuk dijadikan pendorong buatnya untuk kurus.

Yang kelakarnya apabila teman lelaki Hidayah 'sedih' dengan transformasi gadis itu kerana dia lebih gemarkan *girlfriend*nya waktu 'comel-comel' dulu

Baru-baru ini, viral satu tweet yang dikeluarkan oleh pengguna Twitter, Hariz Haiyyan, yang meluahkan rasa 'kekecewaan' apabila teman wanitanya memilih untuk menurunkan berat badan.

"Dia ada cakap, dia nak sihat dan cantik. Kalau ikutkan saya tak bagi dia diet. Kalau dia kurus, confirm lawa," kata pemuda itu kepada MStar.

Menurut Hariz, dia lebih gemarkan teman wanitanya yang dulu yang pada pendapatnya kelihatan lebih comel.

"Sekarang, saya suruh dia makan dan minum macam biasa tapi dia tak nak sebab dia memang nak jaga makan untuk kurus," tambah Hariz lagi.

Meskipun begitu, Hariz tetap bangga dengan usaha Hidayah yang berjaya menurunkan berat badan tanpa mengambil sebarang produk kurus, tetapi dengan mengamalkan diet Atkins yang mana bersesuaian dengan dirinya.

Hidayah yang sebelum ini mempunyai berat badan sekitar 125 kg, kini telah mencapai berat ideal iaitu 69 kg dengan mengamalkan diet Atkins semenjak sembilan bulan yang lalu.

Bukan itu sahaja, gadis itu turut melakukan senaman di gym, jogging dan berenang dalam usahanya untuk kekal sihat.

Bagaimanapun lain pula yang terjadi kepada dirinya sendiri yang mana mengalami pertambahan berat badan sejak tahun lalu

Berbeza dengan teman wanitanya yang semakin kurus, Hariz pula semakin berat, semuanya gara-gara sering memakan masakan Hidayah yang menurutnya memang handal dalam memasak.

"Berat saya naik sebab dia asyik suruh makan, dia pandai masak. Saya paling suka dia masak ayam kicap," ujar Hariz.

Hariz yang sebelum ini mempunyai berat 70 kg kini naik kepada 100 kg, juga berazam untuk menurunkan berat badannya semula.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Macam mana nak buat diet Atkins? Boleh baca sini!

Lagi tips diet di SAYS Seismik:

You may be interested in: