"Baby Ambil Seri Ibu" - Wanita Ini Alami Alahan Teruk Saat Hamil Sehingga Berubah Wajah
Masa mengandung memang bermacam jenis alahan yang kita akan dapat.
Wanita yang sedang mengandung tentu ada setengahnya mengalami alahan seperti morning sickness, tidak tahan bau badan seseorang dan sebagainya
Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook milik seorang wanita yang berkongsi pengalamannya semasa hamil pada tahun lalu.
Wanita yang dikenali sebagai Nur Azs itu menjadi tular apabila dia berkongsi pengalaman wajahnya yang berubah semasa hamil sehingga dia tidak mengenali dirinya sendiri.
Alami alahan, muka tiba-tiba menjadi bengkak dan kedut
Menerusi perkongsiannya, wanita berkenaan telah menceritakan pengalamannya ketika hamil yang menyebabkan wajahnya berubah begitu drastik.
Wajahnya mula membengkak dengan teruk sehingga menampakkan kedut-kedut seperti orang tua.
Malah, dia sendiri berasa terkejut dengan perubahan tersebut kerana tidak pernah mengalaminya.
Menurutnya lagi, kulitnya juga turut berubah menjadi hitam dan tubuhnya penuh dengan alergik.
Pernah dihina oleh segelintir masyarakat kerana wajahnya
Sementara itu, Nur Azs juga mengakui dia tidak lari daripada kritikan dan hinaan terhadapnya oleh segelintir masyarakat disebabkan kondisinya itu. Namun, ada juga yang memahami dengan situasi yang dihadapinya itu.
Disebabkan itu, dia merasa kurang keyakinan diri dan malu untuk berjumpa dengan orang ramai kerana perubahan wajahnya yang agak menakutkan itu. Tetapi, dia masih bersyukur kerana perubahan itu adalah bersifat sementara.
Dalam pada itu, netizen juga turut berkongsi pengalaman mereka dan ada yang mendoakan kesihatan dirinya dan bayi
Begitulah pengorbanan seorang ibu yang perlu menghadapi pelbagai jenis alahan semasa hamil. Hargailah mereka okay!