seismik

Tawar Pelbagai Hadiah Menarik, SugarBomb & Digi Anjur Pertandingan Imbas Dan Menang

Hadiah lumayan mencecah hampir RM200,000 berupa minyak wangi, data internet percuma serta panggilan tanpa had.

Cover image via SugarBomb (Facebook) & Vocal Media

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menyedari akan peningkatan penggunaan data internet yang menjadi keperluan ramai untuk mengakses banyak perkara ketika Malaysia beralih ke fasa endemik, jenama pewangi terkenal SugarBomb telah menjalinkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn Bhd. baru-baru ini

Kolaborasi itu mencetuskan penganjuran Pertandingan SugarBomb x Digi Scan & Win (Imbas & Menang).

Kerjasama ulung ini menawarkan hadiah lumayan mencecah hampir RM200,000 berupa minyak wangi, data internet percuma serta panggilan tanpa had.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SugarBomb, Ahmad Azhari Rosli, kolaborasi itu tercetus daripada slogan Jom Berinspirasi yang diperkenalkan jenama telekomunikasi berkenaan.

"Seiring dengan slogan itu, kerjasama antara Sugarbomb dan Digi ini bersifat saling menginspirasi dengan kepakaran masing-masing.

"Lalu kami lancarkan dua edisi minyak wangi 30 ml yang dipanggil Freedom dan Inspire sejak 18 November lalu untuk menjamin agar anda kekal harum sepanjang hari.

"Serentak dengan jualan minyak wangi itu, kita anjurkan peraduan Scan & Win (imbas dan menang) ini yang akan berakhir pada 31 Disember,"
katanya.

Semua pelanggan Digi Prabayar NEXT berpeluang menebus minyak wangi SugarBomb secara percuma mulai 12 Disember ini

Tambah Ahmad Azhari lagi, seramai 1000 orang pemenang dicari.

"15 peserta daripada jumlah keseluruhan akan dipilih sebagai pemenang utama dan selebihnya akan menerima hadiah sagu hati. Senarai pemenang akan diumumkan pada 6 Januari 2022 di laman Facebook SugarBomb.

"15 pemenang utama akan menerima Pek Digi Prabayar NEXT 35 yang mana mereka akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi percuma selama tiga bulan (35GB sebulan) termasuk panggilan tanpa had beserta baucar belian Shopee bernilai RM100 setiap seorang.

"Manakala, pemenang sagu hati pula akan menerima Pek Digi Prabayar NEXT 15 yang didatangkan dengan 3.5GB data internet berkelajuan tinggi serta akses media sosial tanpa had secara percuma selama 3 bulan," katanya.

Katanya lagi, semua pelanggan Digi Prabayar NEXT juga boleh menebus minyak wangi SugarBomb secara percuma bermula 12 Disember ini.

"Ia tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk penyertaan atau maklumat lanjut layari pautan https://bit.ly/30Tv4uq," katanya.

Azhari juga berharap kerjasama terjalin boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

"Kita semua sedia maklum dengan situasi norma baharu ini, data internet menjadi keperluan utama dan amat penting kepada semua. Setiap peringkat usia, pendek kata memerlukan data internet untuk pelbagai tujuan.

"Jadi rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan sambil terus berbau harum sebagai terapi kehidupan," ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: