seismik

Teaser Muzik Video Raya Aliff Syukri Terima Kecaman Ramai & Buat Warganet Berang

Difahamkan, muzik video raya terbaharu itu dilancarkan tidak lama lagi.

Cover image via @aliffsyukriterlajaklaris (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan terkenal, Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mencetuskan perbualan warganet dan menjadi buah mulut orang ramai di media sosial

Terbaharu, usahawan yang mendakwa beliau penyanyi nombor satu negara ini sekali lagi tampil dengan muzik video lagu raya terbaru yang dimuat naik di Instagram malam tadi.

Allif Syukri memaklumkan muzik video penuh lagu berkenaan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Meskipun baru sahaja dimuat naik teaser muzik video yang hanya beberapa saat tersebut, Aliff Syukri nampaknya sekali lagi membuat warganet berang terhadapnya.

Tonton teaser muzik video raya itu di bawah:

"Beri laluan lagu raya nombor 1 trending 4 tahun berturut.. Cak cun cak raya.. Semoga dengan lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.. dari artis no1 malaysia..," ujar Aliff Syukri.

"Asal nak raya je Dato mesti ada masalah mental. Semoga Aliff Syukri diberi kesihatan yang baik. Kesian anak-anak" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut kini sudah meraih lebih 763K tontonan, 16.6K tanda suka dan 6K komen di laman Instagram.

Rata-rata warganet juga mendakwa beliau seakan-akan mencabar pihak berkuasa dan tidak menghormati bulan Ramadan ketika ini.

Bukan itu sahaja, terdapat warganet yang mencadangkan agar pihak berkuasa tampil untuk mengambil tegas terhadap usahawan ini.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Dalam pada itu, Aliff Syukri sempat menjawab semua kritikan dan kecaman itu dengan ayat, “Awak, apa salah saya awak?”.

Sebagai rekod, usahawan berkenaan pernah dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri pada tahun lepas gara-gara memaparkan sekumpulan lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dan dianggap tidak sesuai untuk tontonan masyarakat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: