“Temerloh Catat Suhu Paling Panas & Chuping Terima Hujan Paling Lebat Di Malaysia” – METMalaysia

Secara keseluruhan pula, purata suhu maksimum harian di semua Stesen Meteorologi Utama adalah sekitar 33.3 darjah Celsius.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda rasa cuaca semalam lebih bahang daripada biasa, memang ada sebabnya

Menurut laporan Kosmo!, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Stesen Meteorologi Temerloh, Pahang merekodkan suhu maksimum tertinggi di negara ini semalam iaitu 35.4 darjah Celsius.

Secara keseluruhan pula, purata suhu maksimum harian di semua Stesen Meteorologi Utama adalah sekitar 33.3 darjah Celsius. Namun, ketika beberapa kawasan berdepan cuaca panas, ada negeri lain pula menerima hujan lebat.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Stesen Meteorologi Chuping, Perlis mencatatkan jumlah hujan harian tertinggi dengan bacaan 83.2 milimeter (mm)

Di tempat kedua ialah Stesen Meteorologi Batu Pahat, Johor yang merekodkan 71.0mm, manakala Stesen Meteorologi Langkawi, Kedah berada di kedudukan ketiga dengan jumlah hujan 60.0mm.

Perbezaan cuaca ini menunjukkan keadaan atmosfera di Malaysia boleh berubah dengan cepat mengikut kawasan.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini menerusi laman web serta media sosial rasmi agensi tersebut sebelum merancang sebarang aktiviti, terutama yang melibatkan aktiviti luar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: