seismik

"Tengok Naik Kereta Apa, Baru Nak Letak Harga" - Netizen Kecam Sikap Tamak Peniaga Durian

Harga durian akan naik dua hingga tiga kali ganda jika pelanggan yang singgah menggunakan kenderaan mewah.

Cover image via Twitter @Twt_Cyberjaya & MamaTisya

Musim durian datang lagi, namun bagi 'hantu durian' perbezaan situasi musim kali ini pasti agak dirasai berbanding tahun-tahun sudah.

Mana tidaknya, hilang sudah kemeriahan berkumpul di dusun mahupun makan beramai-ramai di gerai durian lantaran perlunya mematuhi normal baharu yang mengutamakan penjarakan sosial.

Gambar sekadar hiasan.

Image via VKeong

Namun begitu, yang menjadi pertikaian dan dikongsikan oleh netizen di media sosial ialah harga raja buah tersebut yang dikatakan 'mahal teruk' berbanding kebiasaan.

Menurut laporan, segelintir peniaga durian tepi jalan dikesan menjadikan kenderaan pelanggan yang singgah sebagai kayu pengukur meletakkan harga pada durian yang dijual.

Tindakan itu dikatakan mendorong peniaga tidak meletakkan tanda harga walaupun mengetahui ia menjadi kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ada peniaga durian dikesan mengambil kesempatan menjual pada harga berbeza mengikut jenis kenderaan pelanggan yang singgah untuk membeli

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Jelas Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Ahmad Fitri Ali, harga durian akan naik dua hingga tiga kali ganda jika pelanggan yang singgah menggunakan kenderaan mewah, bertujuan mengaut keuntungan berlipat ganda.

"Bagi memastikan peniaga tamak tidak terus mengambil kesempatan, KPDNHEP melakukan pemeriksaan terhadap semua pusat jualan durian tepi jalan di negeri ini terutama di Kuantan, Jerantut, Bentong, Lipis, Raub dan Temerloh yang rancak dengan aktiviti jualan.

"Kita akan mengenakan kompaun RM1,000 mengikut Perintah 3 (1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 sekiranya peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga," katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mendakwa mereka juga pernah mengalami situasi tersebut ketika berurusan dengan peniaga durian di tepi jalan

Berikut ialah perkongsian & pengalaman netizen mengenai peniaga durian yang mengambil kesempatan terhadap mereka ketika urusan jual beli dilakukan:

Image via GIPHY
Image via GIPHY
Image via GIPHY
Image via GIPHY
Image via GIPHY
Image via GIPHY

Semoga isu ini dapat perhatian khususnya buat para peniaga durian di luar sana supaya lebih jujur & meletakkan tanda harga pada durian dengan betul.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: