"Terima Kasih Untuk 16 Tahun" - Keluarga Ini Sedih Lepaskan Pembantu Rumah Balik Kampung
Sebak jadinya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sesiapa yang mempunyai pembantu rumah pasti akan menganggap mereka menjadi sebahagian daripada keluarga
Iyalah, banyak pengorbanan mereka untuk menguruskan hal rumah tangga tuan mereka. Merekalah yang mengemas rumah, memasak, menjaga anak-anak Sebab itu, pembantu rumah sudah menjadi ahli keluarga yang rapat.
Namun, jika perlu berpisah pasti ramai yang tidak bersedia dan sebak. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila keluarga ini sedih kerana sudah tiba masanya pembantu rumah mereka balik ke kampung.
Lihat video penuh itu di bawah:
Satu family menangis sebab Kak Ana dah nak balik kampung
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang menghantar pembantu rumahnya ke lapangan terbang.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila mereka sekeluarga rasa berat hati nak lepaskan pembantu rumahnya itu pulang ke kampung.
Mereka semua dilihat memeluk Kak Ana dengan erat sebelum Kak Ana pergi termasuklah anak-anaknya.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
"Jadi ikut nangis, sedih dan terharu, budak perempuan tu mesti rasa kehilangan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 400K tontonan, 48K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat keluarga itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: