seismik

Terkejut Dengan Tindakan Farid Kamil, Diana Danielle Dakwa Dia Bukan Wanita Materialistik

Farid Kamil tawar perdamaian bernilai ratusan ribu ringgit.

Cover image via OHBULAN! & @dianadanielleb (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemelut rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle masih belum menemui jalan penyelesaian

Baru-baru ini, Farid Kamil telah mengemukakan tawaran perdamaian berupa Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya dianggap hadiah, namun didakwa bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

Walau bagaimanapun, peguam kepada Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, tawaran tersebut tidak mungkin akan mengubah pendirian Diana untuk meneruskan penceraian mereka berdua.

Image via Harian Metro

Nekad nak bercerai, hanya ingin kekal sebagai kawan

Menurut sumber, Diana terkejut apabila Farid tiba-tiba mendedahkan tawaran tersebut kepada umum.

"Farid buat tawaran itu supaya Diana kembali, seolah-olah dengan memberikan duit baru Diana kembali ke pangkuannya. Dia bukan jenis gilakan duit. Hakikatnya Diana terkejut dan tertanya-tanya motif Farid berbuat demikian terutama mendedahkan perkara itu kepada umum"


"Apabila Farid berkongsi perkara yang sepatutnya dimaklumkan dan dibincangkan antara peguam kepada orang luar seperti ingin tunjukkan isterinya seorang wanita materialistik"

"Perkahwinan mereka memang tidak boleh diselamatkan kerana Diana sudah nekad mahu bercerai. Demi anak-anak, dia cuma ingin kekal sebagai kawan," katanya.

Sementara itu, Datuk Akberdin turut menyatakan aktres itu juga memberi persetujuan jika Farid mahu membawa kedua-dua anak mereka pulang menyambut hari raya di Sungai Petani, Kedah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: