seismik

[RASMI] Tiada Lagi Sekatan, Rakyat Malaysia Kini Dibenarkan Rentas Negeri & Ke Luar Negara

Kebenaran itu diguna pakai serentak di seluruh negara bermula esok.

Cover image via Malay Mail/Yusof Mat Isa & Bernama

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Akhirnya terjawab persoalan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, kerajaan kini secara rasminya membenarkan rentas negeri di seluruh negara

Image via Berita RTM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran rentas negeri itu diguna pakai serentak di seluruh negara bermula esok (Isnin), 11 Oktober 2021.

"Alhamdulillah, menurut KKM kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.

"Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021," katanya.

Kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara

Jelas beliau lagi, kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air. Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

"Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan. Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin," ujarnya.

Selamat pulang dan balik ke kampung halaman rakyat Malaysia! Semoga selamat sampai di destinasi yang ingin dituju :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: