Tertinggi Pernah Dilaporkan KKM, Malaysia Catat Rekod 1884 Lagi Kes Baru Positif Hari Ini!
Negeri catat kes tertinggi hari ini ialah Selangor dengan 1,203 kes.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,884 lagi kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini dan ianya tertinggi pernah dilaporkan sebelum ini
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini turut meningkat ke 56,659 kes, bersamaan 13,842 kes aktif dengan kebolehjangkitan.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Selangor dengan 1,203 kes (63.9 peratus), Sabah dengan 289 kes (15.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 166 kes (10.4 peratus).
Dalam pada itu, terdapat 883 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadikan kes kumulatif sembuh meningkat ke 42,480 kes bersamaan 75 peratus.
Kes di Lembah Klang melonjak hari ini berpunca daripada kluster di tempat kerja iaitu Kluster Teratai (1,067), Kluster Damanlela (105) dan Kluster baharu, Kluster Bintang (75)
Mengenai perkembangan kes Kluster Teratai, perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah diadakan hari ini yang berkisar sekitar cadangan penutupan kilang-kilang berkaitan secara berperingkat. Ini membolehkan saringan dijalankan secara menyeluruh.
Sementara itu, terdapat dua kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan kes warganegara. Kedua-dua kes tersebut dilaporkan di Sabah dan jumlah kini adalah membabitkan kematian Covid-19 adalah seramai 337 orang.