seismik

Masih Bertugas Sebelum Nikah, Pasangan Polis Ini Pilih Pakai 'Uniform' Ketika Diijab Kabul

Tahniah! Selamat pengantin baru.

Cover image via Kerjaya_berseragam (Facebook)

Siapa je tak nak bernikah? Semua orang pastinya mempunyai impian untuk membina masjid bersama pasangan masing-masing

Begitu juga buat dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian ini apabila melangsungkan pernikahan dengan memakai baju seragam rasmi kerana masing-masing terpaksa bertugas.

Menurut sumber, majlis pernikahan Konstabel Muhamad Adieadha Hamzah, 27, dan Konstabel Nor Edayu Mohamad Lakhin, 29, berlangsung pada 3.50 petang pada 20 November lalu di Pejabat Agama Islam Bagan Serai.

Walaupun majlis dilangsungkan dalam keadaan kedua-duanya masih bertugas dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Nor Edayu berkata, dia dan suami tetap teruja serta bangga apabila dapat melangsungkan hari bahagia mereka dengan hanya berpakaian seragam polis yang menjadi kebanggaan selama ini.

Majlis berlangsung dengan ringkas tak sampai 10 minit dah selesai

"Sebenarnya tarikh ini dipilih dan ditetapkan oleh kedua-dua pihak, malah tempahan seperti pakaian, pelamin dan sebagainya sudah dibuat.

"Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, semua tempahan terpaksa dibatalkan tetapi majlis pernikahan kami dijalankan mengikut perancangan awal.

"Walaupun majlis berlangsung ringkas dan masing-masing dalam tugasan, namun kami tetap gembira dan teruja," katanya.

Nor Edayu yang bertugas di Bahagian Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam dan suaminya yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah dijangka akan melangsungkan majlis persandingan mereka pada Februari tahun hadapan sekiranya keadaan semasa (Covid-19) pulih.

Bagi yang merancang untuk bernikah atau berkahwin pada tahun ini, penulis doakan semoga semuanya dipermudahkan. Stay safe! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: