TGV Cinemas Bakal Dibuka Di Pavilion KL 18 Jun Ini – “Berita Baik Buat Kaki Wayang!”
Difahamkan, pembukaan itu susulan penutupan pawagam GSC dan DADI di pusat beli-belah berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
TGV Cinemas mengumumkan bahawa secara rasmi akan membuka cawangan terbarunya di Pavilion Kuala Lumpur pada Khamis, 18 Jun 2026
Francais pawagam berkenaan berkongsi pengumuman itu di media sosial, mendedahkan bahawa tiket untuk menonton filem sudah mula dijual sebelum pembukaannya.
"Kami teruja untuk mengumumkan pembukaan pawagam TGV terbaru di Pavilion KL pada Khamis ini, 18 Jun 2026!" kata TGV dalam pengumumannya.
Pengunjung boleh menjangkakan pengalaman menonton filem yang lebih memuaskan selepas dinaik taraf, mengambil alih ruang pawagam yang telah ditinggalkan beberapa pengendali sebelum ini.
Ruang pawagam Pavilion KL telah bertukar tangan beberapa kali
Selama lebih 12 tahun, ruang tersebut telah dikendalikan oleh Golden Screen Cinemas (GSC), yang pertama kali membuka 13-screen multiplex di pusat beli-belah terbabit pada tahun 2007.
Walau bagaimanapun, GSC kemudiannya menghentikan operasinya pada Februari 2020 selepas tempoh penyewaannya tamat.
Selepas GSC, rangkaian pawagam yang berpangkalan di China, DADI Cinema, mengambil alih lokasi berkenaan dan memulakan operasi pada tahun 2021.
Awal tahun ini, DADI Cinema mengumumkan bahawa ia akan menutup cawangannya di Pavilion KL selepas lebih empat tahun, susulan berakhirnya perjanjian penyewaan. Pawagam itu secara rasminya menutup operasi pada 5 Mac 2026.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via