The Image Creator Cipta Rekod Asia Records Menerusi Platform SHIFT by TIC Berkuasa AI
Pertama di Asia, The Image Creator bangunkan ekosistem imej & EQ berkuasa AI.
Cover image via Asia RecordsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Firma perundingan imej terkemuka, The Image Creator Sdn Bhd, melakar sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan rasmi daripada Asia Records baru-baru ini
Anugerah pencapaian itu bertajuk "First Image Consultancy To Develop an Integrated AI-Powered Image, Voice, EQ & Executive Presence Ecosystem in 2026" (Firma Perunding Imej Pertama yang Membangunkan Ekosistem Bersepadu Berkuasa AI Merangkumi Imej, Suara, Kecerdasan Emosi dan Penampilan Kepimpinan Eksekutif pada Tahun 2026).
Pengiktirafan berprestij tersebut disampaikan secara rasmi oleh Pengasas dan Ketua Juri Asia Record, Dato' KK Chua, kepada Pengasas The Image Creator Sdn Bhd, Dr. Wendy Liew, di Kota Damansara hari ini.
Anugerah ini diberikan susulan pelancaran SHIFT by TIC©, sebuah platform pembelajaran interaktif yang menggabungkan kepintaran teknologi kecerdasan buatan (AI) bersama elemen gamifikasi bagi memperkasa pembangunan profesional holistik.

Berbeza dengan modul penggayaan tradisional, SHIFT by TIC© dibangunkan berteraskan kerangka model The SHIFT Flow yang merangkumi enam fasa pembelajaran berperingkat iaitu Revisit, Discover, Validate, Apply, Amplify dan Reinforce
Platform pintar ini dilengkapi pelbagai fungsi canggih seperti penasihat gaya AI, percubaan pakaian secara maya (virtual try-on), perancangan almari pakaian digital, analisis vokal pintar, serta ganjaran papan kedudukan (leaderboard) dan pensijilan digital.
Ekosistem bersepadu ini menggabungkan empat dimensi utama kemahiran eksekutif:
- Imej (Image): Penjagaan penampilan luaran, gaya peribadi, dan pembentukan jenama profesional.
- Suara (Voice): Kemahiran vokal, kejelasan pengucapan, serta keyakinan berinteraksi.
- Kecerdasan Emosi (EQ): Kesedaran emosi kendiri dan pengukuhan kecekapan komunikasi interpersonal.
- Penampilan Kepimpinan Eksekutif (Executive Presence): Pengaruh, karisma, dan kredibiliti kepimpinan dalam persekitaran korporat.
ㅤ
Dr. Wendy Liew menjelaskan bahawa transformasi ini membuktikan standard imej profesional masa kini melangkaui aspek fizikal semata-mata, sebaliknya menuntut keharmonian kemahiran insaniah dan komunikasi yang dipacu oleh sokongan teknologi pintar demi melahirkan barisan pemimpin berdaya saing global.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


