"Tidak Boleh Guna Gelaran Permaisuri Kelantan Tanpa Pengumuman Rasmi" - Istana Kelantan

Selepas hampir lapan bulan, Istana Kelantan akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung khabar angin melibatkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ramai yang sedia maklum tentang perkongsian yang dibuat dalam akaun Instagram Rihana Oksana Petra iaitu @rihanapetra

Laman Instagram tersebut telah berkongsikan beberapa kisah serta gambar-gambar peribadi melibatkan Yang di-Pertuan Agong yang ke-15.

Walau bagaimanapun, sebelum ini, baik Istana Negara mahupun kerajaan negeri Kelantan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkhabaran ini.

Namun begitu, selepas hampir lapan bulan, Istana Kelantan akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung khabar angin melibatkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, beliau berkata, tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Image via NST

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

"Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis," katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Kenyataan yang dikeluarkan Istana Kelantan.

Image via Sinar Harian

Tambah Datuk Nik Mohd Shafriman lagi, hanya pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

"Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial," katanya.

Baru-baru ini juga heboh di media massa melaporkan seorang wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga oleh Sultan Kelantan

Bukan itu sahaja, turut tular sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.

Sijil perceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Image via Hangat

Image via Hangat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment