Aplikasi Tinder: Laman Mencari Jodoh, Membuat Kawan Atau Lain-Lain?
Semuanya bergantung kepada niat masing-masing.
Cover image via The VergeApa itu Tinder?
Tinder merupakan aplikasi terbaru yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat negara kita.
Ibarat agen pencari jodoh, Tinder berfungsi melalui GPS yang membolehkan penggunanya untuk melihat profil pengguna lain dalam jarak yang sama.
Jika sukakan profil tersebut, swipe ke kanan untuk memberi tanda bahawa anda berminat. Sekiranya pengguna tersebut memberi respond dengan turut swipe ke kanan, anda berdua boleh memulakan perbualan.
Image via Her
Pada 3 Syawal yang lalu, satu post telah viral di laman media sosial Twitter di mana pengguna @aisyasuf berkongsi kisah bertemu dengan teman lelakinya melalui aplikasi Tinder
Bermula daripada post tersebut, ramai yang berkongsikan kisah perkenalan yang menjurus kepada percintaan dan diakhiri dengan perkahwinan, semuanya melalui aplikasi Tinder.
Namun begitu, post itu juga telah mendapat pandangan berbelah bahagi di mana ada sesetengah orang merasakan aplikasi Tinder bukanlah tempat sesuai yang untuk mencari pasangan hidup
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Sudah menjadi lumrah, bila ada yang menentang, pasti ada juga yang menyokong
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Ada betulnya disitu di mana untuk mendapat jodoh yang baik, selain berdoa, perlu diiringi dengan usaha, kemudian disertai dengan tawakal
Tidak kira di mana kita bertemu dengan jodoh kita, sama ada di laman media sosial seperti Tinder, Facebook, Twitter atau yang seumpama dengannya, ataupun di masjid, di kedai makan, di depan kedai serbaguna 7/11 atau di mana sahaja, jika ditakdirkan begitu cara anda bertemu dengan jodoh anda, maka disitulah tempatnya.
Paling penting sekali adalah niat kita, jika niat kita bermula dengan baik, maka baiklah kesudahannya. Jika niat kita tidak baik, wallahu a'lam.
Sama-sama kita doakan mereka yang telah bertemu jodoh di Tinder agar kekal hingga ke akhir hayat. Amin.
Image via giphy
