seismik

"Tinggal Kenangan" - Nama Tesco Malaysia Kini Secara Rasmi Ditukar Ke Lotuss Stores

Selamat tinggal Tesco!

Cover image via Accetera (Facebook)

Umum sedia maklum, pada 9 Mac tahun lalu, Tesco Plc telah bersetuju untuk menjual perniagaannya pada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) dengan nilai AS$10.6 bilion (RM43.1 bilion)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Thailand Today

Penjualan Tesco bagi pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand ini merupakan salah satu strategi Tesco dalam memfokuskan kepada pasaran mereka di United Kingdom (UK).

Begitupun, hari ini tular di media sosial apabila gambar pengumuman penjenamaan semula Tesco Malaysia kepada Lotuss Stores. Menerusi pengumuman berkenaan, penjenamaan semula akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ketika ini, masih belum ada lagi kenyataan rasmi daripada pihak Tesco Malaysia berhubung perkara tersebut. Walau bagaimanapun, ketika ini sudah berlegar di media sosial mengenai gambar dan video penjenamaan semula pasar raya itu.

Tonton salah satu video yang tular di TikTok mengenai isu berkenaan:

@panda_sepet

Terima Kasih Tesco Untuk Segala²nya... Atas Rezeki Yang Pernah Kau Salurkan. Kini Tesco Dikenali Sebagai Lotus's ##welcome ##lotusstore ##Tesco ##Fyp

original sound - FDJ NADA ATIKAH

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen berasa sedih dengan berita tersebut, malah ada yang menyambut baik penjenamaan semula itu

Mereka juga berharap produk jenama Tesco yang menawarkan pelbagai pilihan baik daripada keperluan peribadi, barangan bayi, minuman dan makanan sejuk beku dapat dikekalkan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih lebih 77K views, 2K likes dan 400 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: