seismik

Modal Hanya Kurang Dari RM10, Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Nak 'Bunuh' Lipas Dalam Kereta

Banyaknya lipas, ada kenduri ke kat dalam kereta.

Cover image via Khushairi Borhanudin (Facebook)

Lipas merupakan sejenis serangga perosak yang sering kita jumpa di mana sahaja lokasi terutamanya di dalam rumah

Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah singki di mana ianya amat menjijikkan serta menakutkan ramai orang.

Begitu juga dengan perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di group Facebook Tukang Apa Hari Ini iaitu Khushairi Borhanudin berkongsikan pengalamannya dengan 'kawanan' lipas yang hidup di dalam keretanya.

Berikut di bawah adalah perkongsian penuh olehnya di Facebook:

Beli 'Fumakilla Vape' di kedai runcit 99 Speedmart dengan harga kurang dari RM10 sahaja

Menurut lelaki itu, dia mempunyai anak kecil jadi makanan ringan seperti Kinderjoy, 'cekedis' dan aiskrim sering tumpah di dalam keretanya.

Oleh itu, apabila semuanya diadun sebati atas seat dan permukaan lantai karpet dalam kereta. Maka, datanglah 'makhluk halus' berbondong-bondong membuat kenduri kemudian.

"Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.

"Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas," katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan reaksi yang berbeza, ada yang berkongsikan pengalaman mereka dan juga menggunakan produk sama

Malah, ada yang turut menceritakan pengalaman lucu mereka setelah menggunakan produk berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis perkongsian itu sudah pun meraih lebih 5.5K likes, 2K comments dan 2.4K shares.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: