seismik

8 Tips 'Simple' Bersahur Untuk Terus Kenyang Dan Bertenaga Sampai Maghrib

Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan.

Cover image via kalcubemaster/YouTube

Apabila bercerita mengenai bulan Ramadan, semestinya kita akan melalui dua waktu yang sangat sinonim iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur

Entah kenapa apabila tiba saja bulan Ramadan, nafsu pun mula membuak-buak nak cuba pelbagai jenis hidangan sewaktu berbuka.Tapi bagaimana pula untuk sahur?

Harus diingatkan, sahur itu bukan saja penting, malah di dalam bersahur tu ada keberkatannya. Pemilihan makanan dan cara anda bersahur inilah akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari.

Image via giphy.com

Jadi, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda 8 tips bersahur yang boleh dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan untuk anda kekal bertenaga!

1. Hasilkan jem daripada buah-buahan lembut

Gunakan buah-buahan yang lembut dan tidak berbiji seperti pisang dan beri-beri untuk dijadikan jem instant. Bukan saja cepat, malah buah-buahan segar ini pastinya memberikan anda nutrisi yang cukup sepanjang hari. Sapukan di atas roti dan taburkan gula untuk menambah rasa. Oh ya, anda juga boleh gunakan kurma yang tidak berbiji untuk menghasilkan jem ini.

Info tambahan: Gunakan pisang raja atau pisang berangan kerana ia lebih lembik dan mudah dilumatkan.

2. Sediakan telur rebus sekali banyak

Image via mashable.com

Didihkan air dengan garam dan baking soda di dalam satu periuk. Masukkan telur ke dalam selama 96 saat. Padamkan api dan tutup periuk tersebut dengan penutupnya selama 8 minit.

Bakar dalam ketuhar pada 325-350 darjah selama 30 minit. (Suhu bergantung kepada ketuhar anda). Gunakan talam muffin mini supaya mereka tidak bergoyang. Setelah selesai keluarkan, kupas kulitnya dan simpan di dalam peti ais. Bersedia untuk makan sahur nanti!

Info tambahan: Sediakan telur rebus ini malam sebelum anda tidur.

3. Simpan oat semalaman di dalam peti sejuk

Seperti kita tahu, oat memang baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan malah ia juga memang mengenyangkan. Jadi apa yang anda hanya perlu lakukan ialah bekukan oat semalaman sebelum anda menjamahnya sewaktu bersahur.

Campurkan oat bersama kacang, kismis dan juga kurma di dalam satu bekas. Kemudian tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dan simpankan di dalam peti ais. Nak lagi sedap, tambah lagi satu lapisan serbuk chocomalt MILO®! Bangun sahur nanti, buka peti dan terus makan. Sangat sedap!

Info tambahan: Old fashioned oats atau instant oats lebih sesuai digunakan. Nak lebih mudah, minum MILO® NUTRI G™ yang mengandungi empat gabungan unik bijian penuh; barli, oat, beras perang dan gandum yang membekalkan sumber protein, vitamin dan mineral.

4. Panaskan semula lauk waktu berbuka dengan tambahan ingredients seperti sayur atau telur​

Seringkali kita mendengar, beli makanan banyak-banyak waktu berbuka, sudahnya tidak habis. Apa kata anda simpan lebihan makanan sewaktu berbuka tersebut dengan memanaskannya semula waktu bersahur. Untuk mengekalkan ia dalam keadaan fresh dan enak dimakan, tambahkan sedikit sayur-sayuran yang sihat. Ini akan mempercepatkan lagi persiapan juadah sahur anda.

Info tambahan: Kurangkan makanan yang berminyak sewaktu sahur.

5. Praktikkan mengambil brown rice

Kita sedia maklum, brown rice atau juga dikenali sebagai beras perang mempunyai banyak manfaat. Antaranya adalah mengurangkan kolestrol dan juga amat baik bagi tulang. Ia kaya dengan magnesium dan mineral yang boleh menguatkan tulang dang mengurangkan inflamasi pada sendi. Bulan puasa ini juga sangat sesuai jika anda mahu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Jadi apa kata kerapkan mengambil brown rice pada waktu sahur tahun ini. Di samping kekal sihat, anda juga mungkin dapat badan baru menjelang raya nanti.

Info tambahan: Brown rice juga merupakan sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan sumber tenaga dengan lebih perlahan dan lebih mengenyangkan. Selain itu, ia juga baik untuk rambut, kulit dan gigi. Ia juga terkandung di dalam MILO® NUTRI G™.

6. Tidur awal dan jangan tidur selepas solat subuh

Image via giphy.com

Disarankan supaya anda tidak tidur selepas bersahur dan solat subuh. Ini kerana makanan yang anda ambil akan diproses menjadi tenaga dan ia hanya akan dibazirkan sewaktu anda tidur. Jadi, sementara menunggu untuk ke tempat kerja and boleh beribadah seperti berzikir dan mengaji Al-quran terlebih dahulu.

Info tambahan: Pastikan anda tidur secukupnya paling kurang 6 jam untuk sentiasa cergas dan bertenaga di siang hari.

7. Lewat-lewatkan waktu bersahur dan jangan terburu-buru

Image via giphy.com

Mengunyah makanan terlalu cepat akan membuat kadar gula dalam darah terganggu, sehingga beberapa jam saja setelah sahur perut anda akan merasa lapar. Tubuh akan bekerja lebih keras untuk menyerap nutrisi makanan pada saat kita makan terlalu cepat. Akibatnya, proses penyerapan nutrisi oleh tubuh kurang sempurna sehingga anda pun akan cepat merasa penat.

Info tambahan: Sentiasa ambil makanan dalam kuantiti biasa tetapi mengenyangkan.

8. Elakkan garam dan minum air berlebihan

Image via wikispaces.com

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Minum terlalu banyak air pun kurang bagus dan akan menghasilkan tindak balas yang sama. Paling baik, ambillah 2-3 gelas sahaja.

Info tambahan: Kalau nak minum air manis, pastikan jumlah pengambilan adalah kurang daripada air kosong. Contoh: 1 gelas air manis, 2 gelas air kosong.

Sekarang anda dah pun tahu 8 tips mudah bersahur. Apa kata anda mulakan Sahur anda dengan MILO® NUTRI G™ sepanjang Ramadan ini untuk rasa kenyang, kekal aktif dan tenaga yang berterusan untuk melangkah lebih jauh.

Nak tahu apa kelebihannya?

Sebotol MILO® NUTRI G™ didatangkan khas dengan gabungan serat sihat seperti brown rice, gandum, oats, barli dan susu yang pastinya dapat membekalkan tenaga sepanjang berpuasa.

Lagi best dan lagi sedap kalau diminum sejuk!

Bukan itu sahaja, MILO® ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk beramal bersama-sama melalui kempen 'Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®'

Tujuan kempen ini diadakan adalah bagi membantu memberikan sarapan pagi yang berkhasiat kepada mereka yang kurang berkemampuan pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Dalam tempoh kempen dari 6 Jun - 5 Julai, pembelian produk MILO® di lokasi terpilih akan dapat mengumpul bilangan mata tertentu. Bagi setiap 100 mata terkumpul, Bakul Sarapan NESTLÉ akan didermakan kepada rumah-rumah dan persatuan kebajikan.

MILO® menggalakkan anda untuk menyertai initiatif ini dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan. Anda boleh semak bilangan mata yang terkumpul setiap hari di www.milo.com.my. Ingatkan untuk sahur setiap hari dengan MILO® di Ramadan ini!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!