seismik
12 #TipsMasukU Yang Kelakar Dan Berguna Untuk Adik-Adik Yang Bakal Masuk U
Bagi mereka yang baru nak masuk Universiti, #TipsMasukU ini mungkin berguna untuk anda.
Cover image via
tinypic.com
Mana yang dah tengok keputusan UPU dan berjaya masuk IPTA tu, tahniah diucapkan. Kepada yang gagal, janganlah bersedih sebab IPTS kat Malaysia ni tak kurang hebatnya.
Image via giphy.com
Sejak semalam, hashtag #TipsMasukU telah berlegar-legar di laman sosial. Banyak tips kelakar dan berguna yang dikongsikan netizen untuk mereka yang bakal melangkah masuk ke alam universiti.
Image via fjcdn.com
Jadi tak kira lah anda masuk IPTA atau IPTS, #TipsMasukU ni sememangnya boleh membantu anda menempuh liku-liku hidup sebagai seorang pelajar IPT
Image via twimg.com
1. Tolong berpijak dibumi yang nyata. Jangan simpan angan-angan kononnya alam universiti anda macam dalam novel atau drama. Scene langgar bahu buku jatuh ade hero atau heroin tolong kutipkan tu semua drama. Tapi realitinya...
Image via twitter.com
Image via amirdapir.blogspot.com
2. Berbaik-baiklah dengan rakan sekelas anda sebab anda akan memerlukan bantuan mereka lagi-lagi masa nak sign attendance. Mana yang sign pelik-pelik tu kena buat simple sikit kalau nak senang.
Image via twitter.com
Image via twitter.com
3. Setiap kali sebelum ke kuliah pastikan anda tengok whatsapp anda dulu takut bila sampai dewan kuliah nanti anda sorang je yang ada kat situ. Syok sendiri much?
Image via twitter.com
4. Jangan mengeluh bila dapat tahu kelas cancel. Rasai lah nikmat itu dengan sebaiknya sebab bila dah kerja nanti, dah takkan ada istilah kerja cancel
Image via www.troll.me
Image via frabz.com
5. Bersiap sedia untuk soalan paling susah untuk anda jawab setiap hari iaitu "Nak makan kat mana?". Nampak macam mudah tapi percayalah, nak jawab soalan ni lagi susah daripada nak bulat A,B,C masa final exam.
Image via twitter.com
6. Kalau nak dapat pointer cemerlang tu pastikan cgpa lebih atau kurang dari 3.85. Bukan apa nanti takut orang cakap kita ni ikut seorang ahli politik tu pulak.
Image via twitter.com
7. Mana yang tak boleh dapat dekan time final exam tu jangan bersedih. Kejayaan tu memang kadang-kadang lambat sikit datang. Malaysia pun ambil masa 17 tahun nak dapat pointer 4 flat!
Image via twitter.com
8. Sentiasa tanamkan dalam diri kalau kena repeat paper tarik kawan-kawan anda sekali. Berjaya sama-sama, gagal pun sama-sama. Barulah bro! (atau sis!)
Image via tinypic.com
9. Jangan salah pilih ikon hidup anda. Biar pointer tak sampai 3.85 tapi bijak membuat keputusan.
Image via twitter.com
10. Kalau ada yang nak cari jodoh tu, carilah yang boleh buat kerja dan tolong anda bila kereta atau motor rosak. Bukan nak gunakan dorang tapi itulah gunanya pasangan. Saling bantu membantu. Sweet gitu.
Image via twitter.com
Image via hambaliabdullah.blogspot.com
11. Dan kalau boleh elakkan cari pasangan satu kelas. Nanti kalau putus cinta tengah jalan, mesti dah malu nak masuk kelas. Kalau boleh elak, sila elakkan. Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana.
Image via twitter.com
12. Mana yang tak ada kereta tu tak apa. Jangan susahkan ibu bapa kalau tak mampu. Jalan kaki pun ok apa. Sekurang-kurangnya body boleh maintain cantik. Masa ni jugaklah nak cuci mata. Ehem.
Image via twitter.com
Image via anormah.blogspot.com
Jadi, buat adik-adik yang bakal masuk ke alam universiti, selamat maju jaya kami ucapkan. Harap #TipsMasukU ni dapat membantu anda semua ya. Chaiyok!
Image via giphy.com