Tular Di Media Sosial, Ini 25 Subsidiari Syarikat Di Bawah GISB Holdings
Konglomerat ini merangkumi pelbagai industri, termasuk makanan dan minuman, penjagaan kesihatan, pelancongan, media, dan banyak lagi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelbagai tuduhan penderaan dan eksploitasi kanak-kanak dalam rumah-rumah amal yang diwujudkan dan dikendalikan oleh GISB Holdings kini telah menjadi tajuk utama
Dengan jumlah aset yang dianggarkan bernilai RM325 juta, GISB Holdings mengendalikan 415 perniagaan di seluruh dunia, termasuk sebuah oasis padang pasir di Arab Saudi, restoran antarabangsa di London, Paris, Istanbul, Dubai, dan Makkah, sebuah estet seluas 120 ekar di Perth, dan banyak lagi.
Ia ditubuhkan pada tahun 2010 selepas menukar jenama daripada Global Ikhwan Sdn Bhd kepada GISB Holdings, difahamkan syarikat ini diasaskan daripada sisa-sisa kumpulan Arqam, iaitu cabang perniagaan gerakan Al-Arqam.
Untuk rekod, Al-Arqam telah diisytiharkan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994. Malah pengasasnya sebelum ini pernah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Berikut adalah senarai setiap subsidiari syarikat yang dimiliki oleh GISB Holdings, berdasarkan laman web mereka:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!