Tular Video Penduduk Di Yogyakarta Sudah Mula Berpuasa, Solat Terawih Sejak 6 Mac
Bila mereka tengok anak bulan?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kecoh apabila satu daerah di negara Indonesia iaitu Gunungkidul, Yogyakarta dilaporkan telah mula menunaikan solat terawih pada hari Rabu, 6 Mac 2024
Difahamkan, penduduk di sana juga sudah mula berpuasa semalam dan tarikh 1 Ramadan pula telah bermula sejak Khamis, 7 Mac 2024.
Perkara itu mula tular selepas video perkongsian jemaah masjid berkenaan menunaikan solat tarawih dimuat naik di platform TikTok.
Minta umat Islam lain menghormati apa yang dilakukan jemaah di Aolia
Menurut sumber, Imamnya, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau Mbah Benu berkata, solat tarawih yang dilakukan oleh jemaah di masjid berkenaan sama dengan solat tarawih yang dilakukan di lokasi lain.
“Semua sama dengan saya, saya imamnya, masing-masing ada imam, wakilnya saya.
“(Solat tarawih) saya dengan witirnya itu 23 (rakaat). Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan," katanya.
Beliau juga berharap umat Islam lain menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia kerana mereka memahami perbezaan ini.
Sebagai rekod, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang dijangka akan bermula pada hari Selasa, 12 Mac ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!