seismik

Tular Video Penghuni Dihalau Keluar Dari Homestay, Pemilik Tampil Beri Penjelasan

Siapa je tak marah kalau macam ini.

Cover image via Kim Zilan (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah video pemilik sebuah homestay bertindak menghalau pelanggannya selepas mereka didapati masih tidak keluar daripada rumah walaupun telah diberi peringatan awal

Tindakannya itu membuatkan pelanggan tersebut merakam wanita pemilik homestay berkenaan mengeluarkan barang-barang milik mereka dari rumahnya.

Menerusi video-video yang dirakam itu, pelanggan terbabit mendakwa tindakan wanita tersebut adalah tidak patut dan biadap.

Namun begitu, menerusi kenyataan yang dibuat di halaman Facebook homestay itu, mereka memberitahu hal sebenar yang berlaku.

Homestay berkenaan memberi penjelasan mereka sudah memberi peringatan untuk keluar daripada rumah terlebih awal kerana ada pelanggan lain mahu masuk ke rumah tersebut dan ia perlu dibersihkan.

Laporan polis telah dilakukan atas faktor keselamatan pemilik homestay yang telah tersebar menerusi video terbabit

Dalam pada itu, homestay berkenaan ada memberi perkembangan terbaru berkaitan insiden yang berlaku di laman Facebooknya.

Mereka mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai yang tampil mempertahankan tindakan pemilik homestay dan memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Laporan polis juga dikatakan akan dibuat atas faktor keselamatan disebabkan video yang telah tersebar di media sosial.

Tonton video yang tular terbabit di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: