seismik

[VIDEO] Doktor Haiwan Ini Jelaskan Kenapa Sebenarnya Kucing Selalu Tak Habiskan Makanan

Ouh baru tahu.

Cover image via @drhawa.vet (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi yang ada membela kucing, mungkin anda akan perasan makanan yang diberi kadangkala tidak habis dan hanya dimakan pada bahagian tengah bekas makanan sahaja

Menerusi sebuah video perkongsian oleh seorang veterinar di TikTok, perkara itu merupakan sifat semula jadi kucing.

Menurut doktor haiwan tersebut, perkara ini berlaku di atas sebab-sebab tertentu di mana perut kucing mempunyai saiz kecil yang tidak dapat menampung banyak makanan di dalam perutnya.

Tambahnya lagi, misai kucing juga adalah antara punca sebab berlakunya perkara itu kerana ia merupakan bahagian sensitif dan kucing boleh berasa stres apabila ia bergesel dengan bekas makanan. 

"Patutlah kucing aku suka keluarkan makanan dia daripada mangkuk, lepastu makan kat lantai. Baru faham" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.3M views, 82.7K likes dan 7.2K shares.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lah, ingatkan dia berlagak nak makan makanan yang mahal :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: