Tunjuk Tanda Solidariti, Wanita New Zealand Buat Kempen Pakai Tudung Jumaat Ini
Inisiatif yang sangat menyentuh hati.
Ekoran insiden tembakan rawak yang berlaku di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand, baru-baru ini, kebanyakan rakyat di sana masih terus menunjukkan rasa simpati dan sokongan mereka pada orang Islam
Satu inisiatif untuk menunjukkan tanda solidariti kepada masyarakat Islam di Christchurch telah dilancarkan di mana wanita-wanita di sana diajak untuk memakai tudung pada hari Jumaat ini, 22 Mac.
Selain sebagai tanda solidariti, pergerakan #headscarfforharmony dan #scarvesinsolidarity ini adalah bertujuan untuk menyokong dan mengakui kesakitan yang dialami oleh masyarakat Islam ekoran tragedi yang berlaku di Masjid Al Noor di Deans Ave. dan Linwood Masjid di Linwood Ave. pada Jumaat, 15 Mac yang lalu.
"Kami ingin menunjukkan kasih sayang dan sokongan kami dan meratapi kehilangan 50 ibu, bapa, anak, rakan sekerja dan rakan selepas serangan pengganas Jumaat lalu di Christchurch," kata salah seorang pencetus gerakan ini, Thaya Ashman, menerusi laman Stuff.
"Saya mendengar kisah seorang wanita yang takut lalu bersembunyi di rumah, terlalu takut untuk pergi ke jalan ketika dia merasakan hijabnya mengenalinya sebagai sasaran untuk keganasan. Saya mahu mengatakan 'kami bersama anda, kami mahu anda merasa rumah di jalan anda sendiri, kami suka, menyokong dan menghormati anda'," tambahnya.
Presiden Persatuan Muslim New Zealand, Ikhlaq Kashkari, merasakan inisiatif ini sebagai "idea yang hebat"
Selain itu para pemimpin Majlis Wanita Islam di New Zealand sangat tersentuh dengan gerakan ini dan merasakan bahawa "sikap perpaduan dan sokongan ini amat dihargai oleh masyarakat Islam."
Sehubungan dengan itu, sebuah akaun Scarves in Solidarity telah dicipta di laman Facebook bagi mempromosi pemakaian tudung pada Hari Hijab Nasional di New Zealand, Jumaat ini.
Banyak dalam kalangan rakyat New Zealand yang menyokong idea ini dan rata-rata tidak sabar mengenakan hijab yang mana boleh menyebarkan rasa cinta dan sokongan buat masyarakat Islam