seismik

“Apa Masalah Anda Dengan Saya?” - Tunku Azizah Respon Netizen Tak Beradab Yang Menghinanya

Susah kalau orang sakit jiwa!

Cover image via @airtangan_tunkuazizah (Instagram)

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyelar tindakan seorang pengguna media sosial yang memuat naik komen 'buruk' terhadapnya di Instagram semalam

Image via Front Desk

Menurut sumber, tidak pernah lagi sebelum ini Tunku Azizah memuat naik sesuatu yang bersifat komen daripada netizen pada entri di Instagram kepunyaannya, @airtangan_tunkuazizah kecuali jika ia sesuatu yang mengganggu baginda.

Semalam, baginda muat naik satu entri, ternyata beliau kecewa dengan komen seorang pengguna Instagram yang menggunakan akaun palsu dan meninggalkan komen yang cukup biadab serta tidak beradab.

“Susah kalau orang sakit jiwa!” tulis baginda pada entri tersebut.

Baginda juga telah membalas komen tersebut;

“Apa masalah anda dengan saya?”

Ketika artikel ini ditulis, terdapat lebih 1,900 komen yang ditinggalkan pada entri tersebut.

View this post on Instagram

susah kalau orang sakit jiwa!

A post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on

Ramai yang meminta Tuanku Azizah untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap akaun palsu tersebut

Rata-rata mereka meluahkan rasa geram dan kesal dengan komen negatif itu. Berikut di bawah antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik mengenai Tunku Azizah hanya di SAYS Seismik: