Sarkastik Sungguh 'Reply' Dari @mpkotabelud Di Twitter. Memang Boleh Bikin Panas!
Siapa yang tak tahan memang boleh panas punggung.
Semalam, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi satu cadangan kepada rakyat supaya invest masa untuk bangun lebih awal agar dapat mengelakkan kesesakan melalui jalan yang tidak bertol. VIDEO PENUH:
Kenyataan itu sekelip mata mendapat perhatian ramai di mana masing-masing menganggapnya tiak masuk akal dan bodoh. Sejak dari itu juga, macam-macam troll muncul di laman sosial. Contohnya ini:
Bagaimana respon Datuk Abdul Rahman? Beliau nampaknya langsung tidak kisah.
Ahli DAP, Syefura Othman atau Rara pantas memuat naik satu tweet yang mempersoal integriti seorang menteri yang dilihat selalu mengeluarkan kenyataan tak relevan. Datuk Abdul Rahman bagaimanapun tidak berdiam diri.
"Perang" diantara mereka berdua tidak hanya berakhir di situ. Datuk Abdul Rahman sempat berseloroh ketika menjawab pertanyaan Rara.
Bukan saja Rara, Twitter Datuk Abdul Rahman turut dibanjiri dengan tweet dari orang ramai. Namun beliau tetap layankan saja setiap satu dengan jawapan yang agak sarkastik.
Apabila ditanya sama ada beliau adalah kembar kepada Ahmad Maslan, beliau menjawab...
Ada juga yang menyuruh beliau letak jawatan dan terus deactivate Twitter. Tetapi sebenarnya dua perkara tersebut langsung tak ada kaitan.
Walaupun bertubi-tubi orang menghantar tweet, beliau tetap tidak berganjak dan tidak mahu off data
Baru saja minggu lepas, Datuk Abdul Rahman tampil dalam satu video berjudul #TweetBerdesing. Lihat di sini:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!