seismik

Usaha Melestarikan Alam Sekitar, Jom Tunjukkan Sokongan Anda & Sertai Acer Day 2022!

Kalau bukan kita, siapa lagi.

Cover image via Vecteezy

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Acer.


Sejak diperkenal pada 2017, Acer Day kini kembali menemui orang ramai dan diraikan di 16 kawasan Rantau Asia Pasifik

Bertemakan #MakeYourGreenMark, Acer Day menampilkan pelbagau persembahan, promosi jualan, ganjaran dan aktiviti menarik yang boleh disertai oleh semua.

Tahun ini, Acer Day memfokuskan kepada kehidupan lestari dan promosi siri Vero yang mesra alam serta berharap untuk mengumpul lebih banyak sokongan dalam usaha memulih alam sekitar dan mengingatkan kepada semua pihak tentang tanggungjawab mereka memelihara dan menjaga planet.

Dengan itu, Acer menjemput anda semua untuk menyertai usaha ini dan #MakeYourGreenMark dengan mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula!

Bawa 5 botol plastik dan terima ganjaran kredit eWallet Touch 'n Go

Image via Vecteezy

Untuk menunjukkan sokongan anda terhadap kempen #MakeYourGreenMark ini, Acer menggalakkan rakyat Malaysia untuk membawa sekurang-kurangnya 5 botol plastik PET yang bersih dan kosong ke Acer Day 2022 di Pavilion Bukit Jalil atau ke stor konsep Acer di Lembah Klang.

Menariknya, dengan setiap penyertaan, anda juga layak untuk menerima ganjaran kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM5.

Inisiatif ini bermula dari 21 Julai hingga 7 Ogos ini dan botol plastik yang terkumpul akan dihantar ke pusat kitar semula selepas acara tamat.

Jualan kilat dengan diskaun antara 15% hingga 90% bagi barangan terpilih

Image via Acer

Sertai inisiatif ini dan jom datang beramai-ramai ke roadshow Acer Day 'Make Your Green Mark' di Pavilion Bukit Jalil bermula 3 Ogos 2022.

Selain bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia memulakan tabiat lestari, roadshow ini juga akan menampilkan pelbagai aktiviti dan beberapa siri promosi seperti program tukar-beli untuk komputer riba, tablet, desktop dan komputer AIO, sama ada berfungsi atau tidak, termasuk menawarkan rebat tunai RM500 untuk sebuah Aspire Vero. Wow!

Bukan itu saja, pada 7 Ogos 2022 ini, Acer juga menganjurkan jualan kilat dengan diskaun antara 15% hingga 90% bagi barangan terpilih seperti di bawah:

Image via Acer

100 pelanggan pertama jualan kita berpeluang bawa pulang produk terpilih dengan harga istimewa

Bukan hanya boleh bawa pulang produk terpilih pada harga diskaun hebat, malah anda juga boleh nikmati diskaun istimewa sehingga 90% atau RM3,400 untuk Acer Nitro 5 atau Acerpure Cozy Air Circulator pada harga RM19.90.

Kami kongsikan harga istimewa 'Pembelian-dengan-Pembelian' untuk 100 pelanggan terawal semasa Jualan Kilat ini:

Image via Acer

Jom bantu tanam pokok dengan setiap pembelian produk Acer terpilih!

Image via Vecteezy

Untuk pengetahuan anda, tahun ini juga, Acer akan berganding bahu dengan APE Malaysia untuk menanam pokok bagi setiap pembelian peralatan Acer terpilih bermula 3 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Anda yang layak hanya perlu mendaftar menerusi a-redemption.com untuk menerima e-sijil pokok yang ditanam.

Aktiviti penanaman pokok ini akan dijalankan di Lower Kinabatangan, Sabah sebagai usaha untuk membantu  hidupan liar, termasuk orang utan Borneo dan gajah pigmi Borneo. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #MakeYourGreenMark dan sebarang info terkini, anda boleh layari Facebook Acer Malaysia. 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik