[VIDEO] Sia-Sia Bercinta Selama Tiga Tahun, Sekali Teman Lelaki Bawa Gadis Lain Jumpa Ibu
Gadis ini self healing tunai umrah.
Pasangan yang menjalinkan hubungan sudah tentu mahukan ikatan mereka kekal lama
Namun, perkara itu tidak semudah yang disangkakan. Macam-macam cabaran yang akan dilalui dalam sesebuah hubungan itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis dilihat membawa diri kerana putus cinta dengan kekasihnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tiga tahun bercinta, sekali teman lelaki bawa gadis lain jumpa ibu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang membawa diri ke Makkah untuk menunaikan umrah.
Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dia kelihatan menangis dan sedih semasa self healingnya di Tanah Suci itu.
Rupa-rupanya, dia mengadu bahawa teman lelakinya membawa gadis lain untuk dikenalkan kepada ibu lelaki itu. Dia kemudian merasa sebak dan kecewa kerana hubungannya bersama teman lelaki sudah hampir tiga tahun.
"Hampir 3 tahun bercinta, hari-hari tunggu dia masuk minang, rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdullilah", tulisnya di kapsyen.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Allah bagi awak hadiah lagi terindah. Allah jemput awak ke rumah-Nya arghh bestnyaaa. Stay strong ya sis" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 171K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati terhadap gadis tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!