seismik

[VIDEO] Banjir Bukan Penghalang, Pengantin Ini Gigih 'Photoshoot' Rakam Momen Bersama

Tetap cantik walaupun banjir.

Cover image via @mhdhilmann_ (Instagram)

Umum sedia maklum, ketika ini negara berdepan dengan keadaan banjir yang teruk di beberapa daerah negeri

Keadaan itu tentu sekali telah membuatkan aktiviti seharian terjejas kerana masalah yang dihadapi.

Rumah dinaiki air, habis semua barang-barang rosak dek kerana bencana ini. Tetapi itu bukan alasan bagi pasangan pengantin ini apabila tetap meneruskan perancangan yang sudah dirancang awal.

Tetap mahu lakukan photoshoot walaupun dalam keadaan banjir

Bagi pasangan pengantin sudah tentu gambar dan video hari perkahwinanlah yang menjadi memori dan kenangan bersama kelak.

Menerusi satu perkongsian video yang telah dimuat naik oleh seorang jurugambar di Instagram, dia menunjukkan pasangan pengantin tersebut sanggup meredah banjir demi untuk bergambar sebagai kenangan mereka.

Malah, pasangan ini juga dilihat menaiki sampan menyelusuri air banjir tersebut.

"Hebatnya, appreciate your effort" - Netizen

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga turut kagum melihat hasil disebalik gambar tersebut. 

Ada juga yang mengatakan gambar mereka nampak seperti momen yang natural dan bersahaja.

Walaupun dalam keadaan banjir tapi gambar still on point, terbaiklah abang photographer ni! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: