seismik

[VIDEO] Baru 3 Bulan Beli Kereta, Wanita Ini Sedih Kereta 'Rosak' Akibat Banjir

Semoga keluarga ini diberi kekuatan.

Cover image via SelangorTV

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banjir kilat yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini mengakibatkan ramai rakyat terkesan

Bukan setakat rumah roboh dan hilang dihanyut air, malah barangan rumah dan kereta juga terjejas teruk akibat air yang deras. Sudah tentu, ramai yang kehilangan harta benda kesayangan mereka antaranya seperti kereta. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita luluh mendapati keretanya hancur dan rosak akibat banjir telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sempat guna kereta selama 3 bulan saja

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang ditemu bual oleh pihak media Selangor TV di perkarangan rumahnya. 

Wanita itu meluahkan perasaan luluh dan sedih melihat kereta yang baru dibelinya rosak dan total loss akibat banjir. Difahamkan, kereta tersebut merupakan kereta pertama yang dibeli untuk kegunaan keluarga tersebut. 

Image via SelangorTV

"Sabar ya kak, semoga akak dibalas dengan nikmat dan rezeki yang berganda selepas ini" - Netizen

Susula tularnya video berkenaan sehingga meraih 101K tontonan, 1K tanda suka dan 300 komen di Youtube, rata-rata netizen memuji ketabahan wanita itu. Malah, ramai yang mendoakan semoga wanita itu diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Youtube: 

Image via SelangorTV
Image via SelangorTV
Image via SelangorTV

Kuatnya akak ni, semoga dipermudahkan segala urusan kak.

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: