seismik

[VIDEO] Budak Lelaki Beli Bunga Matahari Untuk Ibu Guna Duit Sendiri Buat Ramai Terharu

Sweetnya beli bunga untuk ibu.

Cover image via @gadisdanbungaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Impian semua anak-anak sudah pasti ingin membanggakan ibu bapa mereka

Tambahan pula, membahagiakan ibu bapa adalah satu keutamaan buat mereka. Iyalah, siapa saja tak mahu belanja ibu bapa makan yang sedap, membeli sesuatu yang disukai.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang budak lelaki membeli bunga untuk ibunya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Beli bunga matahari untuk ibu guna duit sendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gadisdanbungaa di TikTok, kelihatan kedai yang dikenali sebagai GadisDanBunga itu telah didatangi seorang budak lelaki yang ingin membeli bunga.

Apa yang menarik perhatian adalah budak lelaki memakai baju Melayu tersebut dilihat membeli sejambak bunga matahari menggunakan duitnya sendiri. Dalam video itu, dia mengambil sekeping wang berjumlah RM10 dalam dompetnya dan memberi kepada penjual bunga berkenaan. 

Lebih manis, budak lelaki itu juga terus memberi bunga tersebut kepada ibunya selepas membelinya menyebabkan ibunya tersenyum. 

"Kecil-kecil dah pandai sweet" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 199.7K views, 41.8K likes dan 206 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tingkah laku budak itu yang dinilai amat sweet dan comel. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai baiknya bagi bunga, comel betul dik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: