seismik

[VIDEO] Penampakan Monyet Pakai Kain Putih Bergayut Di Ampaian Ini Bikin Dekah

Random sangat ni.

Cover image via @strwberrysour (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita ketahui, banyak monyet berkeliaran di kawasan universiti tempatan

Dapat kita lihat dalam media sosial, spesies haiwan berkenaan sering mencuri makanan para pelajar dan menimbulkan kekecohan di kawasan penempatan pelajar. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi seekor monyet yang buat kecoh di kawasan kolej kediaman telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Monyet pakai kain putih pelajar bergayut di ampaian

Menerusi video yang dimuat naik oleh @strwberrysour di TikTok, kelihatan seorang individu merakam seekor monyet memakai kain berwarna putih sedang bergelut di koridor kolej kediaman di sebuah universiti tempatan. 

Dalam video berkenaan dapat dilihat monyet itu sukar bergerak menyebabkan dia cuba untuk menarik kain itu sambil bergayut di ampaian. Difahamkan, monyet itu selamat. 

"Menangis owner tu cari baju tak jumpa-jumpa haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 5.1M views, 397.2K likes dan 11.2K comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan monyet itu dan memberi pelbagai komen mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Monyet tu pun kenapa lah pergi pakai baju putih tu, kan dah susah nak gerak :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: