seismik

Hafiz Mahamad Mahu Pulih Keadaan, Video 'Berhimpit' Depan Kaabah Didakwa Jadi Fitnah Agama

Tak sangka sampai luar negara pula video ni.

Cover image via @HPhobiaWatch (X) & @hafizmahamad (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, nama Hafiz Mahamad kembali menjadi perbualan ramai selepas tular sebuah video lamanya

Di laman X, seorang individu luar negara telah memuat naik kembali video Hafiz Mahamad ketika berada di depan Kaabah.

Video yang berdurasi 1:11 memaparkan Hafiz sedang berebut dan menolong pasukannya untuk mencium Hajarul Aswad.

Individu tersebut telah meletakkan kapsyen dengan berbunyi seperti mempertikaikan agama Islam dan keselamatan wanita ketika berada di sana.

Hafiz Mahamad beri respon isu video tular

Susulan tularnya video itu sehingga mendapat kecaman ramai di laman X dan juga rakyat Malaysia, Hafiz Mahamad telah memberi respon mengenainya.

Menerusi video Instagram Stories di akaun Hafiz Mahamad, dia dengan rendah hati menyedari kesilapannya sebelum ini dan tidak akan berlaku di masa akan datang.

Malah, dia juga mahu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku sehinggakan ada yang mempertikaikan dia menjadi punca agama Islam difitnah.

Mungkinkah akan ada video penjelasan penuh dari Hafiz Mahamad? Sama-sama kita nantikan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: