seismik

Risau Perut Meletup Lepas Disakat Ibu, Budak Ini Doa & Janji Tak Mahu Makan Banyak Dah!

Benar-benar percaya akan kata-kata ibunya, kanak-kanak bernama Dani itu siap berdoa dan berjanji tidak mahu makan banyak agar perutnya tidak meletup.

Cover image via Facebook ERA Sabah

Telatah kanak-kanak ternyata dapat menghilangkan tekanan dan menghiburkan hati

Sifat mereka yang jujur dan 'innocent' ini sememangnya mampu menceriakan hati bukan sahaja ibu bapa mereka, bahkan sesiapa sahaja yang sedang melihat.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Bahkan apa yang dilakukan mereka juga pasti akan membuatkan kita tertawa. Ada sahaja idea mereka yang membuatkan kita rasa 'geram' dengan kecomelan mereka.

Disebabkan inilah, ramai yang tidak melepaskan peluang menyakat kanak-kanak demi melihat respon lucu yang bakal mereka berikan.

Seperti dalam satu video viral yang memaparkan gelagat seorang budak lelaki menangis gara-gara si ibu mengusik perutnya boleh meletup kerana terlalu boroi

Rakaman yang tular di laman Facebook itu sebenarnya dimuat naik ibu kanak-kanak terbabit lalu dikongsikan semula oleh akaun ERA Sabah.

Nah kesian bah kena bilang perutnya mau meletup sebab kuat makan #ERASabahKongsi Prima Kosmetik

Posted by ERA Sabah on Saturday, 20 June 2020

Dalam video itu berdurasi 37 saat itu, dapat dilihat kanak-kanak lelaki yang berbadan sedikit gempal itu sampai menangis teresak-esak akibat disakat oleh ibunya.

Benar-benar percaya akan kata-kata ibunya, kanak-kanak bernama Dani itu siap berdoa dan berjanji tidak mahu makan banyak agar perutnya tidak meletup.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati ramai terhibur dengan telatah kanak-kanak lelaki berkenaan yang disifatkan sangat comel

Meskipun begitu, sudah menjadi lumrah alam maya, pasti ada yang mengkritik perbuatan ibu Dani menyakat anaknya itu kerana dikhuatiri memberi impak negatif pada pemikiran kanak-kanak terbabit.

Perkara ini bagaimanapun dibidas beberapa warganet yang menyatakan tidak salah untuk seorang ibu bergurau dengan anaknya di samping boleh dijadikan sebagai kesedaran demi kesihatan si anak.

Antara komen positif dari warganet:

Jangan nangis dik perut itu tak akan meletup ya...

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: