seismik

[VIDEO] Wartawan TV3 Ini Buat Laporan, Tapi Mata Semua Tertumpu Pada Budak Di Belakang...

Sebenarnya banyak sangat perkara yang berlaku sehingga tidak tahu hendak fokus pada yang mana!

Cover image via Twitter @bellamohsin

Memang tabik kepada mereka yang bekerjaya sebagai pemberita dan wartawan televisyen!

Image via Google

Manakan tidak, seorang wartawan itu perlu melengkapkan diri dengan pelbagai informasi tentang berita yang bakal dilaporkan, kadang-kadang dalam masa yang singkat!

Bukan itu sahaja, wartawan juga perlu sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku sepanjang bertugas. Boleh jadi perkara yang memang tidak dijangkakan langsung akan berlaku. Lebih menarik lagi apabila perkara itu telah dirakamkan dan disiarkan dalam televisyen.

Sama seperti yang berlaku kepada wartawan, Nadia Mohsin, ketika sedang membuat laporan untuk Buletin Utama TV3

Pada 28 September yang lalu, viral di laman sosial rakaman Nadia sedang membuat laporan berkenaan pencemaran udara yang berlaku di Riau, Indonesia.

Meskipun laporan yang dibuat Nadia itu memperkatakan tentang topik yang serius namun mata-mata yang menonton rakaman itu tidak dapat mengelak daripada melihat gelagat kanak-kanak di belakang Nadia yang benar-benar menghiburkan.

Tak percaya? Lihat sendiri video di bawah:

Rakaman begitu sebenarnya tular gara-gara dikongsikan adik Nadia sendiri iaitu Nabila Mohsin melalui laman Twitter miliknya.

Selain itu, berdasarkan screenshot perbualan yang dikongsikan Nabila, dapat dilihat juga bahawa kedua Nadia mahupun juruvideo tidak sedar akan gelagat kanak-kanak itu ketika rakaman sedang berlaku.

Ekoran tularnya video itu, ternyata rata-rata netizen terhibur dengan telatah kanak-kanak tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan netizen:

Tapi memang betul, banyak sangat yang berlaku di sebalik wartawan itu sehingga tidak tahu hendak fokus pada kanak-kanak yang mana.

Pertama sekali mata akan tertumpu pada budak yang menari ini

Tapi ada juga yang terus fokus pada tudung budak perempuan ini

Tak tahulah apa sebenarnya yang berlaku pada budak ini

Yang pasti ramai terliur dengan tembikai yang dimakan budak ini

Aduhai, macam-macam betullah budak-budak ini!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wartawan ini pula kena 'sondol' dengan lembu!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: