seismik

Kanak-Kanak Ini Kunci Pintu Kereta Dan Tinggalkan Ibunya Di Luar... Sebab Nak Main Phone

Facepalm.

Cover image via Facebook

Boleh bayangkan situasi kena kunci dengan anak sendiri sebab dia nak main phone dalam kereta dengan tenang tanpa gangguan?

Itulah yang terjadi kepada seorang ibu di Pasir Mas, Kelantan.

Anaknya dilaporkan telah mengunci kereta dari dalam kerana tidak mahu diganggu ketika dia bermain dengan telefon pintar.

Seronok dia main telefon

Image via Facebook

Ibunya yang buntu terpaksa meminta bantuan bomba

Setelah berkali-kali menyuruh kanak-kanak itu untuk membuka pintu namun tidak diendah, dia terpaksa menghubungi bomba untuk membantunya menyelesaikan masalah.

Pihak bomba diminta untuk memecah masuk ke dalam kereta dan menyelamatkan anaknya.

Image via Facebook

Kanak-kanak itu bagaimanapun selamat dikeluarkan daripada kereta

"Dia pandai buka kunci pintu tu tetapi tak nak buka sebab takut orang ambil telefon dari dia. Last-last terpaksa panggil bomba.

"Masa bomba tengah kalut nak buka pintu, dia tak tengok pun. Kita panggil pun dia buat tak tahu. Tak tengok kita langsung. Bertuah punya budak," kata sumber.

Image via Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: