Misteri Air Pokok Petai 'Menangis' Di Kelantan Yang Ditadah Orang Ramai Rupa-Rupanya...

Alamak!

Misteri pokok petai 'menangis' di Kota Bharu, Kelantan akhirnya terungkai jua!

Telah tular beberapa hari yang lepas di sebuah kampung di Kota Bharu, Kelantan iaitu Kampung Petani apabila sebatang pokok petai didapati telah mengeluarkan air dengan sendirinya walaupun bukan pada waktu hujan.

Menurut laporan Sinar Harian, pokok petai itu telah berusia lebih 30 tahun.

Image via Era.je

Pokok itu akan menitiskan air jernih umpama hujan renyai sejak minggu lalu. Malah, kejadian pelik bermula jam 8 malam hingga 6 pagi itu telah menarik penduduk setempat dan orang ramai untuk mengetahui lebih tentang punca pokok itu 'menangis'.

Pada waktu siang pula akan terlihat ada tompokan air di atas jalan dan juga dahan pokok yang masih basah seumpama disiram air

Bukan setakat itu sahaja, penduduk di situ juga turut datang untuk menadah air berkenaan untuk dibawa pulang. Ada yang menjadikannya sebagai air minuman, basuh muka dan juga mandi air yang berbau petai itu.

Pelik tapi benar.

Lihat video penuh di bawah:

Namun, misteri pokok petai 'menangis' itu akhirnya telah terungkai selepas ianya menjadi tanda tanya ramai pihak.

Rupa-rupanya....

Ianya merupakan air kencing serangga!

Serangga tersebut dikenali sebagai Riang-riang atau nama saintifiknya Cicada. Serangga tersebut akan berkumpul dalam jumlah yang banyak pada hari panas dan akan minum dari cairan pokok dan kencing semula di pokok tersebut.

Lihat video penuh di bawah:

Apalah agaknya rasa air 'kencing' serangga yang diminum itu...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment