seismik

[VIDEO] DSV 'Belanja' Nyanyi Live Lagu Baru Di TikTok, Netizen Minta Ajai Tolong Settle

"Suara Dato okay sikit la dari Iqbal" - Netizen.

Cover image via @ojaaa.aa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, pengasas kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) baru saja melancarkan single terbarunya yang bertajuk 'Ku Ikhlaskan'

Kini hampir meraih dua juta tontonan di YouTube, ternyata lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada netizen di Malaysia.

Malah, ramai yang mula membuat parodi lagunya itu dengan meniru pakaiannya di dalam muzik video berdurasi 5 minit 24 saat tersebut.

Namun, tular sebuah rakaman DSV di TikTok apabila dia menyanyikan lagunya secara live dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Netizen tak sanggup dengar sampai minta Ajai tolong settle

Menerusi video yang dikongsi oleh @ojaaa.aa, kelihatan DSV sedang membuat live bersama pembantu peribadinya di belakang.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila DSV sempat belanja nyanyiannya secara live sambil ditonton oleh 700 lebih viewers.

Namun, nyanyiannya dikatakan tidak sedap dan mendapat komen berbaur negatif di ruangan komen video tersebut. Malah, ada yang siap minta tolong komposer terkenal, Ajai untuk selesaikan masalah itu.

"Aku risau view dia juta-juta kat YouTube, tahun depan layak masuk Big Stage. Jumpa la dengan Ajai. Haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.1M views, 91.6K likes dan 5.9K shares di laman TikTok, rata-rata netizen tidak sedap telinga sebaik saja mendengar DSV menyanyi secara live.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa-apa pun, tahniah buat DSV kerana berani menghasilkan single terbaru ini. Semoga terus maju! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: