seismik

[VIDEO] Gaya Lelaki Berniaga Di Pasar Ini Buat Ramai Boleh Relate - “Macam Kena Pukau"

Amboi, manisnya mulut.

Cover image via @abangmaruku (TikTok)

Akhir-akhir ini, ramai rakyat Malaysia yang mula menceburi diri dalam bidang perniagaan

Oleh itu, tidak menghairankan bahawa kini pelbagai strategi atau kaedah pemasaran digunakan oleh para usahawan untuk meningkatkan penjualan perniagaan mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan lelaki itu menjual maruku yang diperbuat daripada kacang pea.

Taktiknya itu berjaya menarik perhatian pelanggan

“Sat jangan pi mana, tengok baju terang elok kita bagi rasa dulu, kita nak bagi rindu. Pakcik jangan simpan dulu duit itu nanti susah nak bawa keluar.

“Maruku kacang pea saya buat sendiri, sedap. Asli kacang pea, rasa lemak kacang. Ada dua jenis, saya buat sendiri,” kata peniaga itu.

Apa yang lebih menarik adalah kebolehan peniaga tersebut menggunakan kata-kata manis sehingga warga emas bersama anak lelakinya membeli tiga paket maruku kacang pea pelbagai perisa dengan harga RM10.

“Ambil lah buat makan petang-petang nanti sambil tengok cerita Hindustan. Boleh campur, satu RM4 tiga paket RM10.

“Mai saya tarik plastik siap-siap, tak jadi takpa, tak akan saya nak marah. Ayah ke ni? Alhamdulilah ayah sihat lagi,” katanya lagi.

Taktik abang guna tu yang penting :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: