seismik

[VIDEO] Individu Cipta RC Plane Bentuk Kapal ‘One Piece’ Buat Ramai Warganet Teruja

Kreatif betul ya.

Cover image via @capt.haiman (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hobi bermain dan mengumpul koleksi mainan alat kawalan jauh atau remote control merupakan salah satu kegemaran lelaki

Bahkan, ada juga yang menggunakan kreativiti tersendiri dengan mencipta remote control kapal terbang dengan pelbagai bentuk selain berhabis ratusan ringgit untuk membelinya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan remote control aircraft itu terbang seperti sebuah kapal terbang tetapi mempunyai bentuk seperti kapal layar digunakan lanun zaman dahulu.

Terdapat beberapa miniatur dari anime One Piece di atas kapal terbang mainan itu

Menerusi video tersebut, beberapa miniatur dari anime One Piece seperti Monkey D. Luffy, Roronoa Zoro dan Tony Chopper diletakkan di atas kapal mainan tersebut.

“Lepak dengan otai, memang banyak racun,” ringkas tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan bahawa pemilik akaun ini kerap memuat naik kandungan berkaitan kapal terbang alat kawalan jauh.

"Ini baru namanya kapal terbang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 480.5K views, 46.4K likes dan 1.2K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kalau dah minat, idea nak bina remote control aircraft tu datang mencurah-curah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: