x

seismik

[VIDEO] “Hai Pak Cik” - Member Sengaja Buka Pintu Kereta, Tak Pasal-Pasal Kena Tahan Malu

Pak cik tu pun layankan je.

Cover image via @ahmadshaminz (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bergurau senda dengan rakan-rakan dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan

Bukan itu sahaja, gurauan itu juga boleh menjadi antara momen atau kenangn terindah yang akan diingati sampai bila-bila.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang lelaki menyapa seorang pak cik yang sedang mengisi minyak motor telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ahmadshaminz

Terkezutt uncle ni tgh isi minyak. Adoi tak tahan gelakkk #fyp #fypdongggggggg #fypmalaysia

original sound - AhmadShamin - AhmadShamin

Tengah tunggu turn isi minyak, tiba-tiba pintu kereta terbuka pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ahmadshaminz di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang lelaki sedang berada di dalam kereta sambil menunggu giliran untuk mengisi minyak di stesen minyak yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Sambil lelaki itu memerhatikan seorang pak cik yang sedang mengisi minyak motornya, rakan di sebelah pula dengan sengaja membuka pintu kereta.

Hal ini membuatkan lelaki tersebut terpaksa tahan malu dan sempat menyapa pak cik tersebut dengan nada yang sopan.

“Sopannya lahai hahahahaha kalah aku” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 153.8K tontonan, 8K tanda suka dan 122 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, soft-spoken betul abang ni :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: