[VIDEO] Adik Beradik Check-In Hotel Tapi Bilik Air Pula Transparent Ini Undang Tawa Ramai
Ha macam mana nak mandi tu?
Meluangkan masa bersama adik beradik sememangnya dapat mengeratkan lagi hubungan
Oleh itu, ramai yang suka mengambil peluang untuk bercuti dengan adik beradik kerana masa yang diluangkan bersama amatlah berharga.
Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok ini, berkenaan dua orang beradik check-in hotel telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Teruja check-in hotel, sekali bilik air tak ada privasi pula
Menerusi video yang dimuat naik oleh @s3mut_berkawad di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan suasana di dalam sebuah bilik hotel.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila pemilik video menunjukkan bilik air yang terdapat di dalam bilik itu jenis transparent.
Difahamkan, pemilik video check-in hotel bersama adiknya. Jadi, kedua-dua beradik pening kepala bagaimana mereka mahu menggunakan bilik air tersebut. Namun, akhirnya mereka berdua telah menemukan jalan penyelesaian.
Lihat video sambungan di bawah:
“Buka air panas nanti berwap lah cermin tu. Dah boleh main lukis-lukis dekat cermin” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 2.2M tontonan, 145.6K tanda suka dan 871 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!