[VIDEO] “Kau Pergi Tidur” - Si Ayah Kacau Anak Main, Tak Pasal-Pasal Kena Marah
Kan dah kena.
Kanak-kanak selalunya meluangkan masa mereka dengan bermain
Tidak kisahlah sama ada bermain dengan ibu bapa ataupun mainan yang telah dibelikan untuk mereka.
Sama juga dengan satu video yang tular di TikTok yang memaparkan aksi seorang budak perempuan bermain dengan mainannya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak syok main, si ayah pula sibuk mengacau
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sitinurfaseeha7 di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang budak perempuan sedang bermain mainan sambil ditemani oleh ayahnya.
Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila si ayah sibuk mengganggu anak perempuannya itu bermain sampai kena marah. Si cilik itu sempat berkata kepada ayahnya, "Kau pergi tidur."
“Anak pulak suruh ayah tidur. Terbalik” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 227.6K tanda suka dan 1,781 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!