[VIDEO] Ingatkan Muka Macam Oppa Korea, Tapi Bila Pakai Cermin Mata Terus Nampak Lain
Macam Yoo Jae Suk pun ada.
Tidak dapat dinafikan, dalam dunia ini memang ramai yang mempunyai muka seakan-akan sama
Namun, setiap orang adalah unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang menyerupai seorang sami Buddha telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru nak perasan muka macam oppa, sekali macam sami pula
Menerusi video yang dimuat naik oleh @chihowe1 di TikTok, kelihatan pemilik video sedang merakam wajahnya dengan menggunakan filter rambut.
Dia berkata bahawa wajahnya ada iras orang Korea. Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila dia kelihatan seperti sami Buddha setelah memakai cermin mata.
“Berdosa ke kalau aku gelak ni” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa lelaki itu kelihatan seperti personaliti TV Korea yang terkenal iaitu Yoo Jae Suk.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 425.4K views, 36.5K likes dan 852 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!