seismik

[VIDEO] Kejam! Kucing Malang Ini Dijadikan Makanan Kepada Dua Ekor Anjing Liar

Kenapalah manusia kejam sampai macam ini?

Cover image via Harian Metro

Di Dubai, seorang lelaki Arab telah menghidangkan seekor kucing sebagai hidangan makanan kepada anjing peliharaannya

Image via Harian Metro

Mengikut laporan, insiden ini berlaku akibat rasa marah yang tercetus apabila kucing terbabit telah menyerang burung merpati dan ayam di ladang beliau. Rakaman video yang menunjukkan kekejaman lelaki itu tersebar di media sosial mencetuskan kemarahan netizen dan pertubuhan kebajikan haiwan.

Berdasarkan video viral tersebut, sebaik saja pintu sangkar kecil itu dibuka, salah seekor anjing itu terus menerkam dan menarik keluar kucing itu dari sangkar.

Kucing malang itu cuba melawan dengan mencakar dan menggigit anjing itu, namun tidak berdaya berbuat demikian kerana dadanya telah digigit dengan kuat sebelum dihempas ke dinding dan lantai.

"Dia tidak sepatutnya menyalahkan kucing itu di atas kematian merpati dan ayamnya, kerana haiwan itu mengikut lumrahnya sebagai kucing. Dia yang patut dipersalahkan kerana gagal menjaga ladangnya dengan baik," komen Jeneral Khalil

Image via Daily Mail

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Dubai, Mejar Jeneral Khalil Ebrahim Al Mansouri berkata, pihak polis telah menahan lelaki terbabit dan menganggap kejadian itu sebagai suatu kelakuan kejam dan pelik dalam masyarakat.

"Tindakannya terhadap kucing itu sungguh tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan," kata Doktor Manal Al Mansouri dari Kumpulan Kebajikan Haiwan UAE.

Lelaki tersebut telah menjadi orang pertama didakwa mengikut akta baru kebajikan haiwan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang digubal sejak tahun lalu. Hukuman yang diberi ialah setahun penjara atau denda antara 50,000 dirham (RM60,572) hingga 200,000 dirham (RM242,288).

Berikut adalah video viral tersebut, saksikan lah kekejaman pemuda ini:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ramai betul manusia yang tidak berhati perut, sanggup kamu mendera kucing sampai macam ini sekali:

You may be interested in: